Wednesday, March 4, 2009

Kuliyah Arrasyidin - Fiqh Manhaj.


Kuliyah di Arrasyidin semalam 3-3-09 oleh ustaz Zuridan At-teminie. Sambungan kuliayh mengenai bab Solat.


Kita masih lagi di permulaan bab solat. Huraian serba sedikit dari tajuk waktu solat yang wajib berdasarkan dalil hadis-hadis Rasulullah s.a.w..:-


Hadis yang membicarakan tentang kelima-lima waktu solat ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (614) dan lain-lain daripada Abu Musa al-Asy'ari dari nabi s.a.w :


Seorang sahabat telah datang bertanya Rasulullah s.a.w tentang waktu sembahyang. Rasulullah s.a.w tidak menjawab apa-apa. Dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:"Datanglah bersolat bersama-sama kami." Abu Musa menceritakan lagi : Kemudian Nabii s.a.w bangun mendirikan solat Subuh ketika terbit cahaya fajar. Di waktu manusia hampir tidak mengenali sesamaa mereka (kerana masih gelap). Kemudian Baginda memerintahkan mendirikan solat Subuh. Kemudian Baginda mendirikan Solat Zuhur ketika gelincir matahari. Seorang sahabat berkata:" Sesungguhnya siang hari telah sampai di pertengahannya sedangkna Baginda s.a.w lebih mengetahui daripada mereka, lalu menyuruh mereka menunaikannya. Kemudian Baginda s.a.w mendirikan solat Asar ketika matahari masih tinggi, lalu menyuruh melakukannya (Solat Asar). Kemudian Baginda s.a.w mendirikan solat Maghrib ketika terbenam matahari lalu menyuruh menunaikanya. Kemudian baginda s.a.w mendirikan solat Isya' ketika hilang cahaya merah di kaki langit.


Pada keesokkannya, Rasulullah s.a.w melewatkan solat Subuh sehingga ketika Baginda s.a.w beredar daripadanya sahabat tersebut berkata: Matahari telah atau hampir terbit. Kemudian Baginda s.a.w melewatkan solat Zohor sehingga hampir waktu Asar sebagaimana yang ditunjuki waktunya semalam. Kemudian Baginda s.a.w melewatkan solat Asar sehingga ketika selesai daripadanya sahabat tersebut telah berkata: Matahari telah kemerah merahan. Kemudian Baginda s.a.w melewatkan solat Maghrib sehingga ketika hampir hilangnya syafak (cahaya merah di kaki langit), kemudian Baginda s.a.w melewatkan solat Isya' sehingga satu per tiga daripada malam. Apabila tiba pagi, baginda memanggil orang yang bertanya dan bersabda : Waktu Solat adalah diantara dua waktu yang telah aku tunjukan.


Seterusnya..sahabat boleh rujuk dalam kitab yang kami gunakan dalam pengajian. Di alu-alukan datang ke Arrasyidin untuk mengikuti kuliyah kitab ini oleh ustaz Zuridan.http://zuridanmdaud.blogspot.com/


Fire Extinguisher....




Lama tak update blog....sibuk aje. Ari ni tak sibuk sangat so boleh la update blog. Ni dah masuk bulan 3...hai sekejap je masa berjalan...




Di kilang ada training fire extinguisher. Training ni compulsry untuk semua staff BPC. Memang tiap tahun kena buat juga walaupun dah expert main fire extinguisher. Kelas ni 2 jam je.. 1 jam classroom...1 jam lagi practical. Tak rugi belajar ni...sekurang2 kat rumah kita boleh practice...