Thursday, February 19, 2009

Kuliah - Minhajul Abidin - Tuan Guru Ustaz Mokhtar Bin Senik


Assalamulaikum.


Kuliah semalam di Surau Indera Mahkota 3. Masa nak balik kerja Najib bagitau ada kuliah di situ. Plan asal di Arrasyidin - Tafsir Al Munir tapi bila dengar nama Ustaz yang mengajar cancel la pergi Arrasyidin.
Hari selasa kelmarin Ustaz ada datang masjid balok untuk kuliah tafsir Al-Baqarah tapi aku tak pergi sebab hari selasa kelmarin kena keluar ke Kuantan nak cari mesin henjut buai di Tunas Manja Transit point. Adik Zahra dah start tak boleh tinggalkan soraang2 kat buai. Asyik nak kena henjut je... terpaksa juga cari mesin tu. So miss la nak dengar kuliah ustaz.. Nasir cerita sedap pulak kuliah malam tu.. mmmm apasal la tak tinggal kat Nasir je MP3 recorder.. tak de rezeki la tu..Alhamdulillah.


Minhajul Abidin merupakan sebuah kitab karangan Imam Al Ghazali salah satu kitab tasawuf yang amat terkenal di sebelah kita (asia tenggara ) dan kitab terjemahan melayu dikarang pula oleh Sheikh Abdullah AlFatoni... Memang lama sangat nak cari..Alhamdulillah segala pujian hanya bagi Allah atas nikmatNya ada juga rezeki hamba mu ini Ya Allah belajar kitab ni...


Rakaman kuliah kitab ada di link dibawah ni... mari berkongsi ilmu.. mudah-mudahan bertambah iman kita..bertambah amal kita..Aminn Ya Rabbal Alamin..


http://www.mediafire.com/?sharekey=f0c413c0146662a94012e8015643d9c85ad2c4272b531993

Monday, February 9, 2009

SAJAK SYED QUTB





Saudara,


seandainya kau tangisi kematianku


dan kau sirami pusaraku


dengan air matamu


maka di atas tulang-tulangku


yang hancur luluh


nyalakanlah obor buat umat ini


dan teruskanlah perjalanan


ke gerbang jaya




Saudara,


kematianku adalah suatu perjalanan


mendapatkan kekasih


yang sedang merindu


taman-taman di syurga Tuhanku


bangga menerimaku


burung-burungnya


berkicau riang menyambutku


bahagialah hidupku di alam abadi




Saudara,


puaka kegelapan pasti akan hancur


dan alam ini akan disinari fajar lagi


biarlah rohku terbang


mendapatkan rindunya


janganlah gentar


berkelana di alam abadi


nun di sana fajar sedang memancar




Ditulis oleh Syed Qutb beberapa jam sebelum digantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966.
Catatan Zuridan Mohd Daud


Santai di Pantai Balok

Kakak & Lah sibuk sungguh ajak pergi taman kat pantai balok..nak main. Ye la..abang dapat pergi mancing diorang terperap je kat rumah. Nak buat macam mana..ayah dok sibuk je. Kadang2 tu kesian jugak kat dua orang ni... tak banyak aktiviti kat rumah. Kakak tak de kawan kat area rumah ni... Lah ada la kawan dia. Tu pun kejap2 bergaduh.

OK jom... diorang berdua ni lain tak de..main pantai je la.. boleh main kejap pun ok la....nak bagi berpeluh je badan. Kakak boleh main badminton..tapi memandangkan rumah kami ni kat pantai tak sesuai nak main. Angin kuat so shuttle tu payah nak control.





Kat pantai masa ni tak sesuai nak mandi manda.. ombak kuat. Tapi di sebabkan kami orang Balok...hehhehee tak de hal la tu...




Meh le ke rumah kami....santai di Pantai Balok.

Al Fatihah..Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia


Feb 9, 09 1:07pm


Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.


Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.


Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.


Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.
Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.


Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.


Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.


Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.


Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara."Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

Sunday, February 8, 2009

Memancing di tebing tinggi

Petang tadi, Nasir bawak abang pergi tebing tinggi sekali memancing kat situ. Sungai Balok ni dulu boleh tahan jugak ikannya, cuma sekarang dah kurang..tak macam dulu. Ikan pun halus-halus je..tak mencabar minda langsung. Boleh lepas gian je la..

Boleh la 3 ekor abang mancing ari ni...muka tu sengihh je la. Dapat apa dia nak.. Tak pe la sekali sekala. Ana lama jugak dah tak mancing..last baru ni dekat benteng..bulan 12 tahun lepas. Hujan lebat kat kuantan tapi sebab dah janji dengan diaorang..( Abang & anak2 Nasir..) kena la jugak bawak..
Lagi pun joran 15 kaki yang beli ari tu baru 2 kali je pakai.. cuba la mana tau kut ada rezeki. Mmm rezeki budak2 je la..diorang yang dapat banyak... tak sempat pun nak mancing. Sibuk layan diorang je la... Semua pemancing amatur lagi..sooo pak cik ni la jugak kena yang kena pasangkan umpan..pasang perambut...tolong baling...tolong buang ikan dari mata kail...
Nasib le ko pak cik....

Saturday, February 7, 2009

Kereta baru ayah....


Alhamdulillah...Amir bawak balik dah kereta baru ayah..WSF4420. Saga BLM. Kami pakat 3 beradik kongsi la bayar bulan2.. No'a yang urus semua baru ni..mak bayar duit muka $5000 kut. Plan ari tu ni aku yang pergi ambik minggu lepas tapi sangkut pulak..banyak kerja pulak baru ni...lagi pun No'a nak tinted dulu kereta tu sebab memang dapat baucer untuk tinted. No'a bagi tau kedai tu tak bukak la pulak. Cuti raya cina lagi..... OK la..tukar plan Amir bawak balik sebab kebetulan cuti Thaipusam pulak. Dah kena extend la pulak. Mak & ayah dah siap datang kat Kuantan..kereta pulak tak sampai lagi. Mak kesian kat ayah.. No'a kata ari tu masa balik Perak ayah ada ngadu sakit lutut bawak van. Memang van tu pedal minyak keras sikit. Happy la kut dapat kereta baru...tambah2 Anas la. Noni pulak kita orang suruh pergi belajar bawak kereta..nanti dah start belajar balik dah tak sempat nak ambik lesen. Kurang2 boleh la bawak mak pegi balai Islam dengar kuliah... tak pun senang mak nak pergi Raub. Kalau tidak asyik naik bas je.. Harap2 lepas ada kereta baru ni senang la sikit diorang nak bergerak...

Permulaan....


Hari ini baru start buat blog sendiri... Seorang sahabat bagitau senang je buat blog... Cuba lah kut. Memang senang pun..tak sangka pulak. Ok lah tu... selama ni asyik baca blog orang... mungkin boleh start kongsi dengan sahabat2 semua..




Besok Yaumul Ihtifal di SRI Irsyad Balok... lega rasanya dah siapkan PA system. Mualim Soleh harap sangat siap sebelum bermula majlis tu...kebetulan Yem pun cuti, Nasir pun cuti...pakat pulun la...buat sampai malam. Speaker tu Haji Duan dapat dari Masjid Balok..5 biji semua. Kita pasang 4 biji...boleh tahan jugak bunyi... Harap besok berjalan lancar la kot. Insya Allah....